Bayan Hidayat : Maulana Saad
Tarikh : 31/01/2000
Tempat : Nizamuddin, India
________________________________________
Keperluan besar manusia ialah hidayat. Hidayat datang melalui usaha hidayat.
Usaha nabi dan rasul kenalkan manusia kepada Allah. Usaha kepada hati manusia supaya alih cinta dari cinta dunia kepada Allah.
Laungan nabi-nabi ialah makhluk tidak boleh buat apa-apa, Allah maha kuasa
Kerja Anbiya a.s berpindah dari satu nabi ke satu nabi yang lain. Laungan mereka bertentangan dengan nafsu dan naluri manusia.
Baginda Rasulullah s.a.w adalah imam dan ketua kepada sekelian ambiya dan rasul. Buat kerja agama sebagaimana ambiya a.s yang lain.
Usaha kepada jawatan, pertanian dan perniagaan tidak boleh buat apa-apa, hanya Allah s.w.t boleh buat segala-galanya.
Rasulullah s.a.w beritahu, “Kami diutus untuk kamu (manusia) semua”
Setiap individu kena taat perintah Allah s.w.t.
Baginda s.a.w pesan, “Tidak akan ada nabi selepas beliau, ummat ini kena buat kerja nabuwah”.
Agama dan iman akan datang bila ada usaha dakwah.
Dakwah untuk tinggikan iman; pengkhususannya atas yakin.
Perlu tablighkan supaya yakin terbentuk dalam hati kita.
Enam sifat sahabat yang unggul kena didakwahkan, latih dan doa supaya sifat-sifat ini dapat hidup dalam kehidupan manusia.
Usahakan untuk bawa diri kepada 6 sifat ini dan diri-diri/hati-hati manusia yang lain.
Sahabat-sahabat Nabi s.a.w telah diajar usaha atas agama lebih dari agama itu sendiri.
Betulkan yakin pada janji Allah s.w.t.
Bila buat kerja dakwah dengan sendirinya seseorang akan fikir dan lihat diri sendiri apakah yang didakwah ada dalam diri sendiri.
Bersama dakwah ada 3 kerja, yakni macam dalam sembahyang a) belajar sembahyang b) tanam yakin pada sembahyang, yakni ia penyelesai segala masalah c)Kena usaha untuk mengetahui fadhilat sembahyang dan masalah (hukum hakam )berkaitan sembahyang
Sempurnakan doa
Maksud keluar ke jalan Allah s.w.t ialah supaya yakin selain Allah akan terhalang dan cuma wujudkan yakin pada Allah s.w.t melalui kaedah : i. Jalankan Dakwah ii. Latihan pada diri sendiri iii. Doa
Begitu juga sifat-sifat yang lain seperti ilmu dan zikir kena didakwahkan, latih dan doa pada Allah s.w.t supaya diberikan hakikat sifat-sifat ini.
Sifat berikutnya, Ikram Muslimin, didakwahkan kepada manusia, bawa pada kerja agama, latih dan amalkan dan minta sifat ini dengan menangis pada Allah s.w.t.
Bila latih untuk hidupkan sifat, laksanakan dengan tekan hawa nafsu sendiri.
Kita keluar ke jalan Allah s.w.t kena yakin bahawa amalan keluar ke jalan Allah s.w.t ini adalah kerja Nabi s.a.w supaya kebesaran kerja ini akan lahir dan akan lahir kesannya atas ummat.
Sebanyak mana kesusahan yang ditanggung semasa keluar dijalan Allah s.w.t, maka sebanyak itulah kesan dan menafaatnya.
Mati dijalan Allah s.w.t, sejauh mana jarak dia tinggalkan rumahnya sepanjang itulah mahligai yang akan dibina untuknya di dalam syurga.
Perhatikan adab-adab keluar di jalan Allah s.w.t : i. Keluar jemaah dalam bentuk berjemaah; seorang ahli pun jangan tertinggal belakang/hilang ii. Ahli-ahli jemaah kena kenal Amir/Ketua iii. Berjalan dengan satu Jemaah
Siapa yang keluar dengan satu langkah keluar rumah manakala satu kaki masih berada dalam rumah, sekiranya mati menyahut beliau, pasti dia akan mendapat menafaat besar disisi Allah s.w.t.
Sepagi atau sepetang dijalan Allah s.w.t lebih baik dari dunia dan seisinya. Dunia tidak ada nilai disisi Allah s.w.t dibandingkan dengan amal walaupun sebesar sayap nyamuk.
Semua amal; zikir dan lain-lain bagi orang yang keluar ke jalan Allah s.w.t tidak ada tandingannya bagi orang yang tidak keluar dijalan Allah s.w.t.
Kalau jemaah telah berpergian, kita masih tertinggal dibelakang, ini tidak betul. Yang datang kemudian tidak boleh tampung ganjarannya untuk menyamai orang yang berpergian dahulu.
Satu sahabat melengahkan keluar dijalan Allah s.w.t semata-mata untuk sembahyang dibelakang Nabi s.a.w dimasjid Nabawi pada hari Jumaat sedangkan jemaahnya baru berangkat sebentar. Nabi s.a.w telah beritahu sekiranya dia beramal untuk tampung pahala keluar di jalan Allah s.w.t nescaya dia tidak dapat tampung pahala tersebut walaupun dia membelanjakan seluruh harta dia dijalan Allah s.w.t
Keluar dengan kenal dan taat Amir. Nabi s.a.w dihantar untuk ditaati. Siapa taat Amir dia taat Nabi s.a.w; siapa taat Nabi s.a.w bermakna dia taat Allah s.w.t.
Keluar untuk dapat yakin Allah s.w.t dengan keluarkan yakin selain Allah.
Bila dalam perjalanan boleh muzakarah segala adab-adab. Semua jemaah kena duduk sekali dan dekat-dekat. Bila duduk dengan orang awam/bukan rakan se-jemaah; berikan dakwah. Juga jaga adab perjalanan.
Perhatikan sunnah-sunnah Nabi s.a.w dalam perjalanan. Setiap amal akan beri kesan pada satu tempat.
Ke mana saja route diputus, pentingkan kerja dakwah supaya dakwah jadi sebati.
Apabila sampai manzil/sempadan, buat doa minta Allah s.w.t beri hidayat.
Lepas itu, bila sampai ke masjid yang dituju, masuk ke dalam masjid. Masjid bukan rumah kita, oleh itu kena ambil berat adab-adab masjid. Jaga adab masjid, insya’Allah akan dapat bantuan ghaib. Jangan pandang adab masjid satu perkara remeh-temeh. Umar r.a. amat memberati adab masjid. Letakkan barang-barang di satu sudut masjid. Anggap kegunaan api, air sebagai hak awam. Sembahyang sunnat tahiyatul masjid, lepas itu segerakan duduk dalam mesyuarat.
Apa-apa hal dan segala amalan dimesyuaratkan. Maksud satu ayat : “Bermesyuarat dan bersembahyanglah dalam urusan agama kamu”.
Sembahyang adalah rukun agama. Begitu juga mesyuarat adalah petunjuk jalan dalam usaha agama. Seboleh mungkin, ambil pandangan semua orang dalam mesyuarat.
Kena betulkan fikir teman-teman.
Bila bertemu orang, ajak mereka semua kepada usaha agama.
Pergi jumpa dengan kesemua lapisan masyarakat.
Kena beri dakwah mengikut kedudukan mereka. Hantar orang mengikut tahap orang yang diziarahi.
Ziarah kepada alim-ulamak. Minta doa dari mereka. Ziarah ke atas ulamak adalah juga ibadat.
Bentuk juga jemaah khususi untuk jumpa ketua masyarakat dan orang berpengaruh. Bila ziarah mereka pandang wajah mereka dan banyak tawajjuh pada Allah s.w.t. Jangan pandang harta benda dalam rumah mereka dan jangan terkesan dengan harta benda. Dakwah atas mereka.
Sesiapa yang kita jumpa minta mereka beri sedikit masa bersama kita. Beritahu apa amal yang kita akan buat di masjid.
Semasa ziarah ummumi; boleh jumpa semua lapisan masyarakat.
Letak dua orang untuk zikir dalam masjid dan yang lain semua keluar ziarah.
Ini adalah tiru-tiru kerja Nabi s.a.w; siapa yang tiru kerja Nabi s.a.w, Insya’Allah akan diberi hakikat.
Dalam ziarah ummumi jaga pandangan dan tumpukan pada zikir. Semua tawajjuh pada Allah s.w.t.
Mutakallim perlu cakap tentang iman dan kebesaran Allah s.w.t.
Minta orang yang dijumpai keluar dari pintu rumah mereka supaya buat sikit langkah kepada kebaikan, maka Allah s.w.t akan mudahkan untuk langkah berikutnya.
Beri penerangan sederhana dan penerangan panjang lebar di dalam masjid.
Bagi majlis ta’alim, hantar dua orang secara gilir-gilr untuk ziarah ta’alim (ta’alimi gasht). Buat ta’alim hingga 2-3 jam. Letakkan kebesaran ta’alim dengan penekanan pada fadhilat, dan adab. Tawajjuh dalam ta’alim. Duduk dalam majlis dengan berwuduk. Jangan bercakap-cakap semasa majlis ta’alim dijalankan.
Bila jaga adab ta’alim akan dapat nur hadith.
Juru ta’alim targhib kepada semua untuk dapat amalkan. Baca dengan perlahan/tidak laju untuk dapat difaham dan diamalkan. Semua kena beri tumpuan pada ta’alim. Usaha untuk didengar, untuk diingati dan apabila balik untuk diamalkan.
Setiap masjid yang di pergi, usaha untuk dapatkan jemaah tunai.
Tanamkan dalam diri bahwa dakwah sebenarnya untuk diri kita bukan untuk orang lain.
Beritahu tentang lima amalan masjid yakni yang diamalkan oleh Nabi s.a.w
Bentangkan supaya mereka yakin dengan 5 amalan masjid.
Beberapa lama kita diperlukan untuk bangunkan usaha tempatan, kita akan gunakan untuk terus duduk disitu.
Ta’alim (ajar-mengajar), khidmat & ibadah semua kerja ini kena buat sungguh-sungguh. Zikir, tilawah Quran kena buat sebagai amalan harian.
Juga ambil berat sembahyang sunnat dan tahajjud & sembahyang awwabiin. Jaga zikir pagi petang, selawat dan tasbihat dan istighfar.
Jaga setiap sembahyang fardhu dan waktunya.
Anggap masa keluar ini amat berharga. Bila buat begini, pasti Allah s.w.t akan tanamkan hidayat untuk diri kita.
Bila telah kembali/balik ke tempat masing-masing, azam untuk buat kerja dakwah di tempat kita (usaha tempatan).
Pastikan lima amalan masjid hidup dalam makami kita; usaha ziarah, taalim, 2 ½ jam, mesyuarat harian dan malam markaz.
Lima amalan ini adalah amalan masjid Nabi s.a.w.
Buat doa untuk hidayat seluruh alam tidak terbatas untuk tempatan kita.
Setiap masjid diusahakan untuk keluarkan jemaah 3 hari.
Bila buat amalan ini, kerja agama akan wujud ditempat kita (makami).
Perbezaan iman dan kufur adalah sembahyang. Jaga sembahyang dengan sungguh-sungguh. Sifat ikhlas lahir melalui sembahyang.