Terlebih dahulu ana ucapkan Selamat Menempuh Bulan Ramadhan yang Mubarak. Moga kita sama-sama mendapat keberkatan dari bulan yang mulia ini. Terima kasih kerana sempat luangkan masa dengan blog ana ini. Sedikit renungan untuk kita semua....
Bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum...salam ziarah...
ReplyDeletep/s: bahaya 'mata' dapat diketahui dlm video di atas...
ada masa ziarahla blog ana...org keningau ni...http://syukri-abdullah.blogspot.com
ReplyDeleteassalamualaikum..salam 1umat...cikgu ble bgtau apa agenda utk program talim masturat?ble bayan ke?bila ble bayan?
ReplyDeleteMAKLUMLA KENINGAU masih belajar...
ReplyDeleteTa'lim berserta muzakarah dibuat tiap-tiap minggu. Dalam buku program perlu ada:
ReplyDelete1. Fadilat majlis :10 minit
2. Talim kitab 1 :20-30 minit
kitab 2 :20-30 minit
3. Muzakarah 6 perkara: 10-20 minit je.
jangkamasa ta'lim 1jam setengah.
Bayan hanya sekali sekala. Jika ada takaza seperti mau kluarkan jemaah blh bayan tapi selang masa paling lama 1 bulan. Bayan hanya boleh org yang biasa dengan usaha masturat.
Perlu diingat eldest bagi tau TAK PERLU menyediakan makanan dalam apa jua keadaan. Harap malum. maaf lambat reply coz sibuk dengan dunia...
bila jemaah masturat datang tapi di rumah lain ngam aritu ada ta'lim masturat, talim mingguan perlu jalan terus. Sori td bayan tak semestinya sebulan sekali. Paling cepat tempoh 1 bulan dari bayan yang terakhir. Taskil dibuat ikut takaza semasa.
ReplyDeleteBoleh juga dilantik istiqbal di kalangan rakan seusaha dan taskil mesti di buat selepas muzakarah.
Tuan rumah jangan risau hal minum krn kputusan Nizamudin tk perlu ada makanan dan minuman