Terlebih dahulu ana ucapkan Selamat Menempuh Bulan Ramadhan yang Mubarak. Moga kita sama-sama mendapat keberkatan dari bulan yang mulia ini. Terima kasih kerana sempat luangkan masa dengan blog ana ini. Sedikit renungan untuk kita semua....
Bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati
Saturday, September 5, 2009
Friday, July 24, 2009
MARI AMAL SUNNAH
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air suam....
Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air suam selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita mencontohi amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
YANG PENTING SEKALI JIKA MAHU MINUM LEPAS MAKAN PASTIKAN SELEPAS SETENGAH JAM. JIKA SEBELUM MAKAN JUGA PASTIKAN SETENGAH JAM SEBELUM MENJAMU SELERA. INI YANG DINASIHATKAN AGAMA..... ALLAHU A'LAM....

Sunday, July 5, 2009
MINTA BANTUAN BAGI DANA MADRASAH
Ruj. kami : MAR / Kew. / 09/ 01
Tarikh : 1 Mei 2009
KEPADA;
YM TENGKU / TAN SERI / PUAN SERI /
DATO’ / DATIN / TUAN / PUAN / ENCIK / CIK
TUAN,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI DANA MADRASAH
Sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Kami adalah sebuah madrasah yang baru dibuka dan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi menampung keperluan pengurusan madrasah.
2. Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan sumbangan ikhlas daripada pihak dermawan bagi melancarkan pengurusan madrasah kami.
3. Bersama ini disertakan maklumat asas Madrasah Ar-raudhah untuk perhatian pihak tuan. Sebarang sumbangan daripada pihak tuan boleh disalurkan ke AKAUN MADRASAH AR-RAUDHAH (MAYBANK : 161042160968).
4. Segala tindakan daripada pihak tuan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih. Sekian.
Yang benar,
_________________
HASHIM BIN ABI
PENGERUSI
MADRASAH AR-RAUDHAH.
s.k.: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Cawangan Lawas

Renungan Bersama
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",(Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)"
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
SAHABAT-SAHABAT MUSLIM, MOGA TIMBUL KESEDARAN UNTUK MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA, SEPERTI ALLAH DAN RASULNYA MENCINTAI KITA. KERANA SESUNGGUHNYA SELAIN DARIPADA ITU HANYALAH FANA BELAKA.

SEHINGGA PUAS
Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw.. Tanya mereka, "Dapatkah kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak! Ya, Rasulullah!"
Tanya Nabi saw., "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan? Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, "Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka hendaklah dia mengikut sembahannya itu." Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan dan ada yang mengikut bermacam-macam thaghut (berhala).
Maka tinggallah umat Islam ini, termasuk di dalamnya orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, "Aku adalah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Kami akan tetap di sini hingga Tuhan kami datang. Apabila Tuhan kami datang, kami akan mengenalNya. " Maka datanglah Allah kepada mereka, lalu berfirman: "Aku Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami." Allah akan memanggil mereka, dan sebuah jambatan dibentangkan melintasi neraka jahannam. Aku (Muhammad saw.) adalah orang pertama di antara para Rasul beserta umatnya yang pertama-tama melintasinya. Tak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para Rasul. Doa mereka ketika itu ialah: "Ya, Allah! Selamatkan, selamatkan!" Di dalam neraka jahannam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Saadan. Tahukah anda duri kayu Saadan itu?" Jawab orang banyak, "Tahu." Sabda Nabi saw., "Rupanya seperti duri kayu Saadan, tetapi besarnya hanya Allah swt. yang tahu, manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh berkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian lepas."
Apabila Allah swt. menghendaki akan memberi rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing dikenalnya dengan tanda bekas sujud. Allah swt. mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak Adam akan dimakan api kecuali bekas sujud. Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu dituangkan kepada mereka air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka sebagai tumbuhnya bibit di tanah bekas banjir. Setelah Allah swt. mengadili mereka, masih ada ketinggalan seseorang antara syurga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga.
Dikala mukanya dihadapkannya ke neraka, dia mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Palingkanlah muka ku dari neraka ini. Baunya sungguh amat menyakitkan kepada ku, dan panasnya membakar ku." Allah akan menanyainya, "Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain?" Jawabnya, "Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi." Maka diperkenankan oleh Allah permintaannya (tersebut di atas) , dengan perjanjian seperti tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke Syurga, dan dilihatnya keindahan surga, diamlah ia seketika. Kemudian ia mendoa pula: "Ya, Tuhan ku, bawalah aku ke dekat pintu syurga!" Allah bertanya, "Bukankah engkau telah mengikat janji dengan ku, yang engkau tidak akan memajukan permintaan yang lain lagi?" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang !" Jawab Allah, Sekiranya Aku kabulkan permintaanmu, apakah engkau masih hendak meminta yang lain lagi?" Jawabnya, "Tidak! Demi kebesaran Mu, aku tidak akan meminta yang lain lagi!" Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, kelihatan olehnya keindahan syurga, kegemilangan, dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian ia memohon pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah kiranya aku ke dalam syurga!" Kata Allah, "Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain yang telah kamu peroleh?" Jawabnya, "Ya, Tuhan! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang . " Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengarkan ucapannya itu. Kemudian dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, "Mintalah segala yang kamu inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga ia puas. Kemudian Allah berkata pula, "Mintalah tambahannya ini dan itu." Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginannya sampai ia puas. Kata Allah pula, "Semua ini untukmu, dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula."

Friday, June 26, 2009
NASIHAT ULAMA
Bayan Hidayat : Maulana Saad
Tarikh : 31/01/2000
Tempat : Nizamuddin, India
________________________________________
Keperluan besar manusia ialah hidayat. Hidayat datang melalui usaha hidayat.
Usaha nabi dan rasul kenalkan manusia kepada Allah. Usaha kepada hati manusia supaya alih cinta dari cinta dunia kepada Allah.
Laungan nabi-nabi ialah makhluk tidak boleh buat apa-apa, Allah maha kuasa
Kerja Anbiya a.s berpindah dari satu nabi ke satu nabi yang lain. Laungan mereka bertentangan dengan nafsu dan naluri manusia.
Baginda Rasulullah s.a.w adalah imam dan ketua kepada sekelian ambiya dan rasul. Buat kerja agama sebagaimana ambiya a.s yang lain.
Usaha kepada jawatan, pertanian dan perniagaan tidak boleh buat apa-apa, hanya Allah s.w.t boleh buat segala-galanya.
Rasulullah s.a.w beritahu, “Kami diutus untuk kamu (manusia) semua”
Setiap individu kena taat perintah Allah s.w.t.
Baginda s.a.w pesan, “Tidak akan ada nabi selepas beliau, ummat ini kena buat kerja nabuwah”.
Agama dan iman akan datang bila ada usaha dakwah.
Dakwah untuk tinggikan iman; pengkhususannya atas yakin.
Perlu tablighkan supaya yakin terbentuk dalam hati kita.
Enam sifat sahabat yang unggul kena didakwahkan, latih dan doa supaya sifat-sifat ini dapat hidup dalam kehidupan manusia.
Usahakan untuk bawa diri kepada 6 sifat ini dan diri-diri/hati-hati manusia yang lain.
Sahabat-sahabat Nabi s.a.w telah diajar usaha atas agama lebih dari agama itu sendiri.
Betulkan yakin pada janji Allah s.w.t.
Bila buat kerja dakwah dengan sendirinya seseorang akan fikir dan lihat diri sendiri apakah yang didakwah ada dalam diri sendiri.
Bersama dakwah ada 3 kerja, yakni macam dalam sembahyang a) belajar sembahyang b) tanam yakin pada sembahyang, yakni ia penyelesai segala masalah c)Kena usaha untuk mengetahui fadhilat sembahyang dan masalah (hukum hakam )berkaitan sembahyang
Sempurnakan doa
Maksud keluar ke jalan Allah s.w.t ialah supaya yakin selain Allah akan terhalang dan cuma wujudkan yakin pada Allah s.w.t melalui kaedah : i. Jalankan Dakwah ii. Latihan pada diri sendiri iii. Doa
Begitu juga sifat-sifat yang lain seperti ilmu dan zikir kena didakwahkan, latih dan doa pada Allah s.w.t supaya diberikan hakikat sifat-sifat ini.
Sifat berikutnya, Ikram Muslimin, didakwahkan kepada manusia, bawa pada kerja agama, latih dan amalkan dan minta sifat ini dengan menangis pada Allah s.w.t.
Bila latih untuk hidupkan sifat, laksanakan dengan tekan hawa nafsu sendiri.
Kita keluar ke jalan Allah s.w.t kena yakin bahawa amalan keluar ke jalan Allah s.w.t ini adalah kerja Nabi s.a.w supaya kebesaran kerja ini akan lahir dan akan lahir kesannya atas ummat.
Sebanyak mana kesusahan yang ditanggung semasa keluar dijalan Allah s.w.t, maka sebanyak itulah kesan dan menafaatnya.
Mati dijalan Allah s.w.t, sejauh mana jarak dia tinggalkan rumahnya sepanjang itulah mahligai yang akan dibina untuknya di dalam syurga.
Perhatikan adab-adab keluar di jalan Allah s.w.t : i. Keluar jemaah dalam bentuk berjemaah; seorang ahli pun jangan tertinggal belakang/hilang ii. Ahli-ahli jemaah kena kenal Amir/Ketua iii. Berjalan dengan satu Jemaah
Siapa yang keluar dengan satu langkah keluar rumah manakala satu kaki masih berada dalam rumah, sekiranya mati menyahut beliau, pasti dia akan mendapat menafaat besar disisi Allah s.w.t.
Sepagi atau sepetang dijalan Allah s.w.t lebih baik dari dunia dan seisinya. Dunia tidak ada nilai disisi Allah s.w.t dibandingkan dengan amal walaupun sebesar sayap nyamuk.
Semua amal; zikir dan lain-lain bagi orang yang keluar ke jalan Allah s.w.t tidak ada tandingannya bagi orang yang tidak keluar dijalan Allah s.w.t.
Kalau jemaah telah berpergian, kita masih tertinggal dibelakang, ini tidak betul. Yang datang kemudian tidak boleh tampung ganjarannya untuk menyamai orang yang berpergian dahulu.
Satu sahabat melengahkan keluar dijalan Allah s.w.t semata-mata untuk sembahyang dibelakang Nabi s.a.w dimasjid Nabawi pada hari Jumaat sedangkan jemaahnya baru berangkat sebentar. Nabi s.a.w telah beritahu sekiranya dia beramal untuk tampung pahala keluar di jalan Allah s.w.t nescaya dia tidak dapat tampung pahala tersebut walaupun dia membelanjakan seluruh harta dia dijalan Allah s.w.t
Keluar dengan kenal dan taat Amir. Nabi s.a.w dihantar untuk ditaati. Siapa taat Amir dia taat Nabi s.a.w; siapa taat Nabi s.a.w bermakna dia taat Allah s.w.t.
Keluar untuk dapat yakin Allah s.w.t dengan keluarkan yakin selain Allah.
Bila dalam perjalanan boleh muzakarah segala adab-adab. Semua jemaah kena duduk sekali dan dekat-dekat. Bila duduk dengan orang awam/bukan rakan se-jemaah; berikan dakwah. Juga jaga adab perjalanan.
Perhatikan sunnah-sunnah Nabi s.a.w dalam perjalanan. Setiap amal akan beri kesan pada satu tempat.
Ke mana saja route diputus, pentingkan kerja dakwah supaya dakwah jadi sebati.
Apabila sampai manzil/sempadan, buat doa minta Allah s.w.t beri hidayat.
Lepas itu, bila sampai ke masjid yang dituju, masuk ke dalam masjid. Masjid bukan rumah kita, oleh itu kena ambil berat adab-adab masjid. Jaga adab masjid, insya’Allah akan dapat bantuan ghaib. Jangan pandang adab masjid satu perkara remeh-temeh. Umar r.a. amat memberati adab masjid. Letakkan barang-barang di satu sudut masjid. Anggap kegunaan api, air sebagai hak awam. Sembahyang sunnat tahiyatul masjid, lepas itu segerakan duduk dalam mesyuarat.
Apa-apa hal dan segala amalan dimesyuaratkan. Maksud satu ayat : “Bermesyuarat dan bersembahyanglah dalam urusan agama kamu”.
Sembahyang adalah rukun agama. Begitu juga mesyuarat adalah petunjuk jalan dalam usaha agama. Seboleh mungkin, ambil pandangan semua orang dalam mesyuarat.
Kena betulkan fikir teman-teman.
Bila bertemu orang, ajak mereka semua kepada usaha agama.
Pergi jumpa dengan kesemua lapisan masyarakat.
Kena beri dakwah mengikut kedudukan mereka. Hantar orang mengikut tahap orang yang diziarahi.
Ziarah kepada alim-ulamak. Minta doa dari mereka. Ziarah ke atas ulamak adalah juga ibadat.
Bentuk juga jemaah khususi untuk jumpa ketua masyarakat dan orang berpengaruh. Bila ziarah mereka pandang wajah mereka dan banyak tawajjuh pada Allah s.w.t. Jangan pandang harta benda dalam rumah mereka dan jangan terkesan dengan harta benda. Dakwah atas mereka.
Sesiapa yang kita jumpa minta mereka beri sedikit masa bersama kita. Beritahu apa amal yang kita akan buat di masjid.
Semasa ziarah ummumi; boleh jumpa semua lapisan masyarakat.
Letak dua orang untuk zikir dalam masjid dan yang lain semua keluar ziarah.
Ini adalah tiru-tiru kerja Nabi s.a.w; siapa yang tiru kerja Nabi s.a.w, Insya’Allah akan diberi hakikat.
Dalam ziarah ummumi jaga pandangan dan tumpukan pada zikir. Semua tawajjuh pada Allah s.w.t.
Mutakallim perlu cakap tentang iman dan kebesaran Allah s.w.t.
Minta orang yang dijumpai keluar dari pintu rumah mereka supaya buat sikit langkah kepada kebaikan, maka Allah s.w.t akan mudahkan untuk langkah berikutnya.
Beri penerangan sederhana dan penerangan panjang lebar di dalam masjid.
Bagi majlis ta’alim, hantar dua orang secara gilir-gilr untuk ziarah ta’alim (ta’alimi gasht). Buat ta’alim hingga 2-3 jam. Letakkan kebesaran ta’alim dengan penekanan pada fadhilat, dan adab. Tawajjuh dalam ta’alim. Duduk dalam majlis dengan berwuduk. Jangan bercakap-cakap semasa majlis ta’alim dijalankan.
Bila jaga adab ta’alim akan dapat nur hadith.
Juru ta’alim targhib kepada semua untuk dapat amalkan. Baca dengan perlahan/tidak laju untuk dapat difaham dan diamalkan. Semua kena beri tumpuan pada ta’alim. Usaha untuk didengar, untuk diingati dan apabila balik untuk diamalkan.
Setiap masjid yang di pergi, usaha untuk dapatkan jemaah tunai.
Tanamkan dalam diri bahwa dakwah sebenarnya untuk diri kita bukan untuk orang lain.
Beritahu tentang lima amalan masjid yakni yang diamalkan oleh Nabi s.a.w
Bentangkan supaya mereka yakin dengan 5 amalan masjid.
Beberapa lama kita diperlukan untuk bangunkan usaha tempatan, kita akan gunakan untuk terus duduk disitu.
Ta’alim (ajar-mengajar), khidmat & ibadah semua kerja ini kena buat sungguh-sungguh. Zikir, tilawah Quran kena buat sebagai amalan harian.
Juga ambil berat sembahyang sunnat dan tahajjud & sembahyang awwabiin. Jaga zikir pagi petang, selawat dan tasbihat dan istighfar.
Jaga setiap sembahyang fardhu dan waktunya.
Anggap masa keluar ini amat berharga. Bila buat begini, pasti Allah s.w.t akan tanamkan hidayat untuk diri kita.
Bila telah kembali/balik ke tempat masing-masing, azam untuk buat kerja dakwah di tempat kita (usaha tempatan).
Pastikan lima amalan masjid hidup dalam makami kita; usaha ziarah, taalim, 2 ½ jam, mesyuarat harian dan malam markaz.
Lima amalan ini adalah amalan masjid Nabi s.a.w.
Buat doa untuk hidayat seluruh alam tidak terbatas untuk tempatan kita.
Setiap masjid diusahakan untuk keluarkan jemaah 3 hari.
Bila buat amalan ini, kerja agama akan wujud ditempat kita (makami).
Perbezaan iman dan kufur adalah sembahyang. Jaga sembahyang dengan sungguh-sungguh. Sifat ikhlas lahir melalui sembahyang.

Subscribe to:
Posts (Atom)